Datuk Seri Mustafar Ali
Datuk Seri Mustafar Ali

BANGI – Jabatan Imigresen Malaysia akan menyenaraihitamkan nama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada keluar negara jika ada permintaan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata setakat ini tidak ada permohonan untuk berbuat demikian daripada mana-mana agensi penguat kuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis.

“Kes ini adalah kes siasatan SPRM. Kalau ada, Jabatan Imigresen akan melakukan ketetapan yang diperuntukkan,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Bola Tampar Sedia Berjasa Piala Ketua Pengarah Imigresen di Universiti Tenaga Malaysia (Uniten) hari ini.

Mustafar berkata demikian ketika ditanya sama ada Ahmad Zahid akan disenarai hitam daripada keluar negara selepas pasportnya diserahkan kepada mahkamah semalam.

Anggota Parlimen Bagan Datuk itu menghadapi 45 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Dalam pada itu, Mustafar turut memberi jaminan bahawa proses pengeluaran pasport kepada orang ramai tidak tergugat.- BERNAMA

Tinggalkan Jawapan