Khairul Azam Abd Aziz
Peguamcara dan Aktivis Masyarakat, Khairul Azam Abd Aziz.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) beria-ia mahu menghapuskan Akta Hasutan 1948 didakwa semata-mata untuk menghapuskan Majlis Raja-Raja dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.

Peguam, Khairul Azam Abd Aziz menegaskan, pemansuhkan akta sebelum merdeka itu dapat menjayakan agenda liberalisme dengan memperjuangan kesamarataan.

“Kita tahu agenda PH adalah untuk mereka nak menyamaratakan agama Islam dengan agama-agama lain, mereka tidak selesa dengan Bahasa Melayu jadi bahasa kebangsaan.

“Mereka benci, mengapa tidak sama rata. Sekarang mereka nak cakap tak boleh (sebab) sekarang ini mereka nk persoalkan sebab ini (akta Hasutan) masih ada.

“Sebab itu bila mereka mengambil alih kerajaan, mereka ada satu dua langkah lagi untuk menghapuskan akta ini.

“Mereka nak pastikan semua agenda liberalisasi dan kesamarataan dapat dilakuakan tanpa halangan,” katanya berucap pada Forum Tergempar Kekalkan Akta Hasutan di sini, hari ini.

MGF20102018_FORUM TERGEMPAR KEKALKAN AKTA HASUTAN15
Peguamcara dan Aktivis Masyarakat, Khairul Azam Abd Aziz berucap pada Forum Tergempar Kekalkan Akta Hasutan di Menara Arena Uniti, Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 OKTOBER 2018

Khairul Azam yang pernah menjadi calon bebas Parlimen Pandan pada PRU-14 berkata, golongan liberal pro-PH cuba menyamakan amalan demokrasi di Malaysia dengan beberapa negara maju yang tidak mempunyai masyarakat majmuk dan tiada kepelbagian agama.

“Mereka lupa berbeza Malaysia dengan negara maju lain sebab mereka tiada akta hasutan kerana mereka hanya ada satu agama, satu bangsa, satu bahasa.

“Negara lain seperti Amerika Syarikat, England, New Zealand, Australia, Jepun dan China tiada Akta Hasutan sebab mereka semua sama, satu agama, satu bahasa dan satu kepercayaan.

“Mereka tak seperti kita, agama berbeza-beza, warna kulit dan bangsa berbeza, bahasa pertuturan pun berbeza.

“Disebabkan perbezaan itu maka kerajaan kita sejak sebelum merdeka masih mempunyai akta hasutan sebab terlalu banyak peribahasa seperti ‘Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa’ dan ‘Lidah Lebih Tajam Daripada Mata Pedang’.

“Kena ada Akta Hasutan bagi menjaga perkara yang boleh mengganggu-gugat negara kita,” katanya lagi. – MalaysiaGazette