KUALA LUMPUR – Pertubuhan Nadi Sihat (Nadi Sihat) akan menganjurkan Ekspedisi Dan Simulasi Menyelamat Di Gua Wang Burma, Perlis 2018 ([email protected]) selama dua hari bermula hari ini.

Presiden Nadi Sihat, Azlina Abdul Aziz berkata, program itu dianjurkan kerana mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku di Gua Tham Luang Nang Non, Thailand pada Julai lalu.

Beliau menjelaskan, menerusi [email protected], satu simulasi menyelamat akan dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peminat aktiviti luar dan pada masa sama meningkatkan tahap kesiapsagaan agensi-agensi penyelamat.

“Para peserta akan diberi taklimat khas terlebih dahulu oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat sebelum melakukan ekspidisi pendakian menuju ke Gua Wang Burma seterusnya melakukan simulasi menyelamat didalam Gua bersama agensi-agensi terlibat.

“Simulasi akan dimulakan dengan menggambarkan senario di mana para peserta terperangkap di dalam gua yang mana arus sungai yang melalui kawasan gua tersebut telah naik.

“Terdapat mangsa yang mengalami kecederaan yang serius dan tidak dapat berjalan dan salah seorang yang melihat kejadian telah menghubungi pasukan keselamatan untuk mendapatkan bantuan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini malam tadi.

Majlis penyerahan bendera program dan pelepasan peserta telah disempurnakan oleh EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Talhar.

Turut hadir, Penasihat Program [email protected] 2018, Datuk Dr Maamor Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Nadi Sihat, Shah Mustafa.

Azlina menambah, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia akan membuat pelbagai teknik penyelamatan antaranya teknik usungan dalam gua, pengurusan mangsa dan menyelamuntuk mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian.

Jelasnya, kejadian itu akhirnya dapat di tangani apabila semua mangsa yang terperangkap telah dapat dikeluarkan dan dibawa turun dengan selamat.

“Pasukan perubatan daripada hospital berdekatan turut berada ditempat kejadian dan memberikan rawatan kepada mangsa-mangsa yang mengalami kecederaan.

“Objektif ekspidisi ini adalah untuk mempraktikkan respon para peserta apabila berdepan insiden yang tidak dijangkakan dan secara tidak langsung melatih pasukan-pasukan yang
terlibat terhadap prosedur bantuan kemanusiaan sekiranya berlaku kecemasan,” katanya.

Azlina berkata, [email protected] melibatkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia yang menghantar Unit Storm dari Perlis, Kedah dan Pulau Pinang seramai 44 orang untuk melaksanakan misi ini dengan dibantu oleh agensi lain seperti Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis dan Polis Diraja Malaysia.

Jelasnya, turut memberi kerjasama Kumpulan Hiking And Camping Arround Malaysia (HACAM), Persatuan Malim Gunung Malaysia (PMGM), Malaysian Mountain Search & Rescue Society (MOSARS), Persatuan Muafakat Harapan Perlis, Komuniti Wang Kelian dan 120 pelajar Universiti Malaysia Perlis.

[email protected] juga disertai Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) dan juga Pensyarah dan pelajar pelajar Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif UiTM Perak, rakan media seperti Utusan Malaysia serta portal berita MalaysiaGezzette serta bloggers aktiviti lasak In A Nutt [email protected]

[email protected] merupakan kesinambungan dengan kejayaan program Nadi Sihat selepas Ekspedisi dan Simulasi Menyelamat Gunung Stong 2016 dan Ekspedisi Menyelamat Royal Belum 2017. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan