Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lebih 90 peratus daripada garam masakan yang digunakan setiap hari mengandungi mikro plastik.

Kajian yang dijalankan oleh Greenpeace itu juga mendapati garam yang dijual di Asia turut mengandungi pencemaran mikro plastik tertinggi.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Sains Alam Sekitar dan Teknologi itu menganggarkan secara purata seorang dewasa yang mengambil garam sebanyak 10 gram sehari mungkin telah memakan kira-kira 2,000 mikro plastik setahun.

Kajian yang menganalisa 39 jenama garam dari 21 negara di seluruh dunia termasuk negara-negara jiran Malaysia seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam itu mendapati kandungan mikro plastik

Sampel kandungan garam laut Indonesia mengandungi kuantiti tertinggi mikro plastik, kata kajian berkenaan.

Indonesia juga dianggap negara pembuang plastik ke dalam laut terburuk di dunia.

Kajian tersebut turut menunjukkan Asia sebagai kawasan panas bagi pencemaran plastik global.

Ini bermakna ekosistem dan kesihatan rakyat Asia mempunyai potensi berhadapan risiko yang tinggi disebabkan pencemaran mikro plastik di dalam laut yang sangat teruk.

“Kajian baru-baru ini menemui plastik dalam makanan laut, hidupan liar, air paip dan garam.

“Ini jelas menunjukkan tiada jalan keluar bagi mengatasi krisis plastik ini terutama apabila ia terus memasuki kawasan perairan dan lautan.” kata Jurukempen Greenpeace Asia Tenggara, Mikyoung Kim. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan