Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menempelak Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menuding jari kepada UMNO selepas kekalahan parti itu pada pilihan raya baru-baru ini.
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – MCA mahu kerajaan persekutuan menubuhkan jawatankuasa dalam Parlimen bagi tujuan mengkaji cadangan untuk pemansuhan hukuman mati.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong sebelum ini berkata,  kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri.

Menyifatkan cadangan itu sebagai langkah yang terburu-buru, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong berharap agar Pakatan Harapan menghormati Parlimen dan menggunakan institusi itu untuk mempertimbangkan keperluan terhadap pelaksanaan tersebut.

“Saya telah mencadangkan kepada kerajaan untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa pilihan parlimen untuk melihat pemansuhan hukuman mati, yang kemudian disuarakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming.

“Tetapi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong kini mengatakan kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana Kabinet telah membuat keputusan untuk memansuhkan hukuman mati.

“Saya berharap agar kerajaan dapat menghormati peranan parlimen dalam hal ini. Lagipun, menghapuskan hukuman mati memerlukan pindaan terhadap lapan undang-undang, yang meliputi 32 kesalahan,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, perbincangan melalui pelbagai medium perlu dilakukan untuk menilai keperluan terhadap cadangan ini.

Terdahulu Pas turut menyuarakan pandangan yang sama, agar kerajaan mengkaji semula keputusan untuk memansuhkan hukuman mati.-MalaysiaGazette