Mohamed Azmin Ali
Mohamed Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau kecewa proses e-undi dalam Pemilihan PRK.

Ujarnya, mengapa masalah sama perlu berlaku meskipun sudah memasuki minggu kelima.

“Macam hari ini pusat pengundian sepatutnya dibuka lebih awal dan ahli boleh mengundi tepat pukul 10 pagi tetapi terpaksa ditangguhkan,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia Online.

Azmin sebelum itu mengundi di pusat pengundian Dewan Seri Siantan, Gombak.

Beliau akhirnya mengundi kira-kira pukul 10.30 pagi atas alasan masalah teknikal.

Mengulas lanjut, Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi berharap penangguhan seperti itu tidak lagi berulang kerana memberi gambaran yang tidak baik kepada parti dan proses pemilihan. – MalaysiaGazette