Mayat lebih 60 bayi dan janin ditemui dalam satu tempat tersorok di rumah pengurusan mayat dekat Detroit, kata polis pada Jumaat sambal menyifatkan penemuan tersebut sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.
Mayat lebih 60 bayi dan janin ditemui dalam satu tempat tersorok di rumah pengurusan mayat dekat Detroit.

DETROIT – Mayat lebih 60 bayi dan janin ditemui dalam satu tempat tersorok di rumah pengurusan mayat dekat Detroit, kata polis pada Jumaat sambil menyifatkan penemuan tersebut sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.

Insiden tersebut berlaku seminggu selepas penemuan 11 mayat bayi yang telah reput disembunyikan dalam siling sebuah rumah pengurusan mayat di Michigan.

Bagaimanapun, kedua-dua kes tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan, Ketua Polis Detroit.

Tambahnya, para penyiasat peringkat bandar, negeri dan persekutuan sedang mempertimbangkan untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi menyiasat kes penyimpanan mayat manusia yang tidak mengikut cara yang betul.

Sejumlah 36 kotak tidak mempunyai sistem penyejukan yang mengandungi mayat ditemui di Rumah Pengurusan Mayat Perry manakala 27 kotak lagi ditemui dalam peti sejuk beku.

“Ini betul-betul mengganggu.

“Saya tidak pernah melihat kes seperti ini sepanjang perkhidmatan selama lebih 41 tahun,” kata Ketua Polis Detroit, James Craig kepada pemberita.

Para penyiasat sedang berusaha untuk mengenal pasti identiti dan usia mayat tersebut.

Seorang petugas di Rumah Pengurusan Mayat Perry yang menawarkan perkhidmatan menanam dan membakar mayat, enggan memberi komen terhadap insiden tersebut.

Manakala Jabatan Perlesenan dan Perundangan Michigan dalam satu kenyataan memaklumkan lesen rumah mayat tersebut telah ditarik dan kemudahannya ditutup bagi siasatan lanjut. – Agensi