Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tawaran jaminan penerbitan bon Samurai oleh kerajaan Jepun kepada Malaysia akan memberi banyak faedah kepada negara terutama dalam mengurangkan beban kewangan dan dalam soal pembangunan.
Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, individu atau syarikat yang mendapat projek kerajaan bukan kerana unsur kronisme.

Sebaliknya, mereka yang berjaya itu diberi peluang kerana mempunyai kebolehan dan telah menunjukkan kemampuan mereka.

Perdana Menteri itu berkata, mereka telah dibantu sehingga berjaya tetapi kerajaan pula dituduh ada unsur kronisme.

“Tetapi sekarang kerajaan akan memberi peluang yang sama kepada semua, terpulanglah kepada mereka untuk menggunakan peluang itu untuk menjayakan diri mereka.

“Tetapi kalau tak berjaya jangan salahkan kerajaan kerana kata kita memberi peluang kepada kroni. Sebenarnya tidak ada kroni. Dulu pun kita beri kepada orang yang kurang mampu, mereka gagal dan nama tidak disenaraikan dalam mana-mana.

“Kita tidak dengar nama mereka (yang gagal). Yang kita dengar nama mereka yang berjaya dan kalau berjaya sampai jadi millionaire, billionaire. ada berasa cemburu, kata sebab dia kroni kerajaan. Bukan kroni tetapi kebolehan.

“Kalau tidak ada kebolehan, kita tolong macam mana pun, dia tak boleh berjaya,” kata Mahathir dalam program wawancara Astro malam tadi.

Ditanya kemunculan tiba-tiba indivdu tertentu selepas pelantikannya sebagai Perdana Menteri, beliau berkata, kerajaan boleh gagalkan sesiapa yang dianggap sebagai kroni tanpa menilai kebolehan mereka.

Jelasnya, jika itu menjadi amalan, Malaysia tidak akan mencapai maju.

“Orang yang ada kebolehan tidak boleh (beri) sebab nanti dia jadi bilionaire, berjaya. Jangan bagi dia jadi bilionaire. Kalau buat begini negara kita tidak akan tumbuh dengan pesat. – MalaysiaGazette