PKR
Kerani urusetia menyerahkan borang pencalonan pada proses penamaan calon pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tahun 2018 di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 05 OGOS 2018

KUALA LUMPUR – Keputusan tidak rasmi bagi cabang Melaka dan Negeri Sembilan untuk Pemilihan PKR 2018 ditangguh kerana masalah teknikal.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Rashid Din berkata,
justeru, keputusan pemilihan yang sebelum ini dimuat naik dalam laman
sesawang Pemilihan PKR 2018 bagi kedua-dua negeri itu masih gagal
dipaparkan dalam laman berkenaan.

“Kita sedang selesaikan masalah ini dan diharap keputusan boleh dimuat
naik selewat-lewatnya petang ini bersama keputusan tujuh cabang negeri
Selangor dan Perlis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pemilihan PKR Negeri Sembilan dan Melaka berlangsung semalam dengan Negeri Sembilan melibatkan lapan cabang dan jumlah anggota layak mengundi ialah 14,788.

Pemilihan di Melaka menyaksikan 9,387 anggota parti layak mengundi bagi memilih barisan pemimpin di peringkat pusat dan enam cabang di negeri ini. – Bernama

Tinggalkan Jawapan