PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan, kata presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PKR tidak akan mempertimbangkan untuk menerima bekas pemimpin UMNO untuk menyertai parti itu walaupun sudah ada permintaan daripada beberapa pemimpin parti berkenaan, kata presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Pemilihan PKR bagi cabang Puchong kecoh apabila ahli parti hilang sabar kerana terlalu lama menunggu untuk mengundi.

Malah sebilangan ahli turut mendakwa pengurusan proses pengundian yang lemah.

Dilaporkan, terdapat juga cubaan rempuh masuk sehingga membuat Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerah bagi mengawal keadaan serta keselamatan.

Difahamkan ada ahli yang membuat keputusan untuk tidak mengundi dan terus pulang ke rumah masing-masing.

Pengundian diadakan di Dewan Serbaguna MPSJ Seri Kembangan.

Pemilihan PKR di Selangor membabitkan lebih 83,000 anggota parti di 7 cabang yang disahkan layak mengundi untuk memilih kepimpinan berlangsung hari ini.

Selain Puchong, enam lagi cabang lain adalah Gombak, Petaling Jaya (PJ) Utara, PJ Selatan, Kuala Langat, Klang dan Selayang dan proses pengundian fasa kedua itu akan tamat jam 5 petang ini.

Baki 6 cabang lagi akan menjalankan pengundian pada 28 Oktober depan melibatkan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Ampang, Pandan, Shah Alam dan Hulu Langat.

Fasa pertama proses pemilihan di Selangor membabitkan 9 cabang pada 14 Oktober lepas, menyaksikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar, Mohd Rafizi Ramli untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden. -MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan