Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan bergambar bersama sebahagian perwakilan yang hadir selepas diumumkan sebagai Timbalan Presiden MIC pada sidang media mengenai pengemuman keputusan pemilihan MIC di Ibu Pejabat MIC, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Jawatankasa Kerja Pusat (CWC) MIC, Datuk Seri M. Saravanan akhirnya menjadi pilihan akar umbi parti terbesar masyarakat India apabila diumumkan sebagai Timbalan Presiden baharu penggal 2018-2021.

Saravanan yang juga merupakan Ahli Parlimen Tapah juga dilihat berjaya menebus kekalahan bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden pada 2015, yang mana Datuk Seri SK Devamany dengan hanya 18 undi sahaja ketika itu.

Saravanan berjaya mendapat 9,391 undi dan berjaya menundukan pencabarnya yang bukan juga dalam kalangan calang-calang orang, Tan Sri M. Ramasamy yang hanya mendapat 5,270 undi pada pemilihan semalam.

MGF21102018_PENGEMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN MIC09
Naib Presiden MIC, Datuk T.Mohan (tengah), Datuk Sivaraajh Chandran dan Datuk T. Murugiah (kanan) bergambar kenangan selepas diumumkan sebagai Naib Presiden MIC pada sidang media mengenai pengemuman keputusan pemilihan MIC di Ibu Pejabat MIC, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 21 OKTOBER 2018

Sementara itu, Datuk T. Mohan, Datuk C. Sivarrajh dan Datuk T. Murugiah masing-masing terpilih menjawat jawatan Naib Presiden MIC pada pemilihan kali menewaskan tujuh lagi pencabar yang lain.

Tanpa di sangka-sangka, Mohan yang juga merupakan Ahli Dewan Negara mendahului undian sebanyak 9,093 undi.

Menariknya, sebelum ini ada juga khabar berita mengatakan Mohan berkemungkinan besar akan kalah dalam perebutan jawatan nombor tiga dalam parti, bagaimanapun jangkaan itu meleset sama sekali.

Ahli Parlimen Cameron Highlands dan bekas Ketua Pemuda, Sivararrajh pula membuat kejutan apabila mendapat undian kedua tertinggi sebanyak 6,803 bagi jawatan Naib Presiden MIC.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Murugiah pula mendapat undian ketiga tertinggi sebanyak 5,984.

Untuk jawatan 21 jawatan CWC pula, antara yang berjaya memenangi tempat tersebut termasuk bekas Timbalan menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan, J. Dhinagaran, S. Kanan. R. Gunaselan, M. Veeran, Datuk TM Selvam, Datuk RS Maniam, Tharma Kumar dan K. Sathasivam.

Menariknya, tidak sama seperti yang sebelum ini, seramai 27,800 perwakilan telah membuang undi mereka di 4,300 cawangan, dulu hanya 1,500 akan mengundi.

Jelas sekali, cakap-cakap kononnya MIC sudah tidak relevan lagi adalah tidak benar sebaliknya akar umbi masih lagi setia dengan perjuangan parti ini tetapi mahukan pembaharuan menyeluruh.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran sebelum ini pernah berjanji akan fokus dalam menjenamakan semula parti dengan wajah lama dan baharu yang boleh turun padang dan membuat kerja.

“Tidak ada lagi istilah kerja hanya ketika pilihan raya sudah dekat, saya akan kerahkan semua untuk mula bekerja dari sekarang, perjuangan parti ini akan diteruskan. Masyarakat India di negara ini memerlukan MIC, itu adalah hakikat yang tidak dapat disangkal pada bila-bila.

“Kita kini dalam perancangan untuk membawa kembali parti ke landasan yang betul apatah lagi selepas kekalahan besar pada PRU lepas,” katanya baru-baru ini. – MalaysiaGazette