TERKINI : “Jika Sayang Parti, Letak Jawatan!” – Ku Li

193
0

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) memberi bayangan adalah lebih baik Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan atau bercuti.

Ia bagi membolehkan parti untuk mengadakan semula pemilihan bagi Presiden UMNO.

Ini berikutan pertuduhan yang dihadapi Ahmad Zahid terhadap 45 dakwaan pe­cah amanah, menerima rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit antara tahun 2014 dan April lalu.

Menurut Ku Li, sebelum ini ada pemimpin dalam parti terpaksa meletak jawatan apabila berdepan dengan dakwaan salahguna kuasa dan penyewelengan.