Tian Chua
Tian Chua

KUALA LUMPUR – Pemimpin PKR, Tian Chua mahu audit dijalankan ke terhadap pemilihan parti di Negeri Sembilan dan Melaka yang didakwa meragukan.

Chua berkata, sistem e-undi yang digunakan dalam pemilihan parti kali ini tidak sepatutnya ada sebarang masalah teknikal.

Dalam masa yang sama beliau dipetik sebagai berkata bahawa mana-mana calon sehingga kini tidak boleh mengandaikan kemenangan kerana wwujud masalah teknikal di pusat-pusat mengundi di kedua-dua negeri itu.

Chua mengulas masalah tenikal yang dikatakan berlaku di beberapa bahagian di Negeri Sembilan dan Melaka yang menyebabkan keputusan tidak dapat diumumkan pada hari yang sama.

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli semalam mengumumkan kemenangan untuk dirinya bagi pemilihan di Melaka dan Negeri Sembilan sebelum keputusan rasmi diumumkan.-MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan