Keadaan enam gerabak keretapi yang tergelincir di Yilan, Taiwan.foto FB

TAIPEI – Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dan 170 cedera dalam kemalangan kereta api penumpang di timur laut Taiwan.

Ia merupakan tragedi paling buruk dalam nahas pengangkutan itu dalam tempoh lebih 25 tahun.

Pihak berkuasa keretapi mengatakan mereka sedang menyiasat kemalangan itu yang berlaku di Yilan County, kira-kira jam 16:50 waktu tempatan (08:50 GMT) semalam.

Sebanyak 366 orang berada di dalam kereta api berkenaan.

Kemalangan itu berlaku antara Taipei dan daerah timur Taitung apabila semua lapan gerabaknya tergelincir.

Keretapi itu Puyuma Express 6432 dilaporkan terkeluar dari trek berhampiran stesen Xinma, berhampiran bandar Su’ao kira-kira 70km (43 batu) dari Taipei.

Timbalan Ketua Pentadbiran Keretapi Taiwan, Lu Chieh-shen berkata, keretapi yang berusia enam tahun itu berada dalam keadaan baik sebelum kemalangan itu berlaku. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan