BANGKOK- Seramai sembilan pekerja warga Myanmar mati terbakar selepas van yang mereka naiki melanggar pokok di tepi jalan berhampiran Kamphaeng Phet.

Ketua Polis Daerah Klongkhung, Narakorn Boonkrob, enam penumpang lain di dalam van dan termasuk pemandunya juga cedera.

“Van itu sedang dalam perjalanan ke Mae Sot di Tak berhampiran sempadan Thailand-Myanmar dari Petchaburi apabila kemalangan itu berlaku” katanya.

Penumpang yang cedera dimasukkan ke hospital, kata Narakorn dan dua daripada mereka mengalami kecederaan parah.

Laporan media tempatan mengatakan identiti mangsa belum dikenalpasti. –MalaysiaGazette