Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.

KUALA LUMPUR: Harga saham berada dalam zon merah di Bursa Malaysia dalam dagangan awal pagi ini berikutan permintaan lemah di tengah-tengah sentimen berhati-hati yang menyelubungi pasaran.

Pada jam 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada 3.82 mata lebih rendah kepada 1,728.32 berbanding penutup pada Jumaat lalu iaitu 1,732.14.

Indeks berkenaan dibuka 1.88 mata lebih rendah pada 1,730.26. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan