MELAKA – Lima ketua cabang PKR Melaka membantah sekiranya diadakan pemilihan semula parti kerana ia akan menjejaskan nama baik parti itu.

Timbalan Pengerusi PKR Melaka, Gue Teck berkata selain menjejaskan nama baik ia sudah tentu akan melibatkan kewangan dan masa manakala ahli yang tidak berpuas hati pula mungkin tidak akan hadir untuk mengundi.

Selain Gue, empat lagi ketua cabang yang berpandangan sama ialah Dr Ahmad Abdul Wahid (Alor Gajah), Halim Bachik (Masjid Tanah), Kapten (B) Zulkifli Othman (Jasin) dan Mohd Rafee Ibrahim (Bukit Katil).

Gue yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa sebelum ini pemaju tablet (e-undi) memberi jaminan bahawa segala data dan maklumat adalah terjamin dan terkawal.

Katanya beliau dan empat ketua cabang yang lain itu menyarankan agar satu mesyuarat tergempar diadakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.- BERNAMA

Tinggalkan Jawapan