Lionel Messi
Messi mengerang kesakitan selepas cedera pada tangan ketika perlawanan antara Barcelona dengan Seville di Stadium Nou Camp di Barcelona pada Sabtu.

SEPANYOL – Bintang Argentina, Lionel Messi yang mendapat kecederaan di bahagian tangan direhatkan sementara waktu oleh pasukannya.

Pemain sensasi itu cedera selepas berlaku pelanggaran dengan Franco Vazquez ketika beraksi dalam satu perlawanan menentang Seville.

Messi terpaksa menanggung kesakitan akibat insiden itu dan sebelum kejadian berlaku beliau sempat menjaringkan dua gol meletakkan Barcelona sebagai pendahulu perlawanan.

Biarpun cedera ayam tambatan Barcelona itu tetap mara menerusi sepakan penalti Luis Suarez pada separuh masa kedua.

Dalam pada itu, jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde mengakui risau dengan kecederaan yang dialami Messi.

Bagaimanapun, dia tidak menyalahkan Vazquez atas kecederaan yang terpaksa ditanggung pemainnya itu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan