KUALA LUMPUR – Jika melihat kepada akaun Instagram selebriti yang juga usahawan muda terkemuka Neelofa kini sedang bercuti di Pulau Maldives.

Mungkin Neelofa dan percutian ke luar negara mahupun ke pulau-pulau bukan benda baharu, tetapi mencuri perhatian adalah hotel yang diduduki Neelofa yang juga pengacara Meletop itu.

Hotel Muraka di Conrad Maldives Rangali Island tempat penginapan Neelofa mencecah RM200,000 untuk semalam sahaja dan ia merupakan yang pertama di dunia berada di bawah laut.

Ia memberikan pemandangan yang tiada tolok bandingan apabila tidur di bawah laut.

Neelofa ketika memuat naik gambar di hotel itu dengan dikelilingi ikan dan laut biru berkata, ia merupakan pengalaman yang sangat menarik dalam hidupnya.

“Saya akan tidur dikelilingi ikan-ikan malam ini. Ini sudah tentu sekali seumur hidup saya,” katanya.

Posting tersebut mendapat ‘Like’ sebanyak 96, 973 pengguna Instagram. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan