Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud hadir pada perbincangan berkaitan hubungan diplomatik dan ekonomi dan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara Malaysia dan Arab Saudi di Seri Perdana, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 27 FEBRUARI 2017
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud

MESIR – Raja Saudi Salman dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman telah menghubungi Salah, anak lelaki Jamal Khashoggi,untuk menyatakan ucapan takziah.

Panggilan itu dibuat pada lewat hari Ahad, menurut agensi berita Arab Saudi.

Arab Saudi telah mengesahkan Khashoggi meninggal dunia dalam pergelutan yang berlaku dalam bangunan konsulat.

Pengesahan itu dibuat selepas selama dua minggu Riyadh menafikan kematian wartawan dan pengkritik pemerintahan Arab Saudi. – MalaysiaGazette