Jose Mourinho.

SEPANYOL – Lembaga Pengarah Real Madrid menyenarai pendek Jose Mourinho sebagai calon sesuai untuk ‘menyelamatkan’ musim merudum kelab itu.

Berita mengejutkan itu menyusul selepas kelab La Liga Sepanyol itu mahu pengurus Manchester United itu kembali ke Santiago Bernabeu.

Laporan terbaharu di Sepanyol mengatakan kelab itu bersedia untuk memecat Julen Lopetegui.

Mourinho telah menghabiskan tiga musim membimbing kelab itu memenangi La Liga dan Copa del Rey sebelum kembali menerajui Chelsea di England.

Pelantikan Lopetegui mengisi kekosongan Zidane dianggap satu tragedi besar apabila prestasi pasukan menjunam dengan beberapa kekalahan mengejut kepada kelab tidak popular termasuk di gelanggang sendiri.

Presiden Real, Florentino Perez dikatakan bersedia untuk memecat Lopetegui hanya selepas 12 perlawanan selepas kalah 4 daripada lima perlawanan terakhir La Liga kali ini.

Terbaharu, juara tiga kali Liga juara Juara Eropah itu dikejutkan 2-1 oleh Lavente di Santiogo Bernabeu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat tegar Real.

Situasi Mourinho juga terumbang ambing di Old Trafford apabila menduduki tangga ke-10 dalam carta EPL selepas mengharungi sembilan perlawanan setakat ini.

Zinedine Zidane dikaitkan dengan pengambilalihan di Old Trafford dan kelab juga dikhabar kuat akan diambil alih oleh Putera Arab Saudi Mohammad Salman.

Ia dikatakan menjadi cabaran besar untuk the Red Devils bagi melayakkan diri ke kempen Liga Juara-juara Eropah musim hadapan.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan