Aksi pelajar yang mengacukan pistol kepada gurunya telah dirakam oleh salah seorang rakannya. Remaja itu telah ditahan untuk siasatan.

PARIS – Seorang remaja Perancis telah didakwa melakukan kekerasan yang teruk selepas rakaman video menunjukkan dia mengacukan sepucuk pistol palsu pada gurunya.

Kejadian itu berlaku di Edouard-Branly, sebuah sekolah tinggi pinggir bandar Creteil di Paris, kata seorang pendakwa raya.

Peristiwa tersebut dirakamkan dan dimuat naik di laman sosial oleh salah seorang rakan sekelasnya.

Pemain berusia 15 tahun itu mendakwa, dia melakukan “jenaka”, sambil menambah tidak menyedari tindakannya itu dirakamkan oleh rakannya, menurut laporan media tempatan.

Guru berkenaan telah membuat laporan polis dan remaja berkenaan ditahan pada hari sama.

Semasa kejadian guru berkenaan sedang mengajar sambil menggunakan komputer riba di dalam kelas.

Tiba-tiba remaja tersebut datang ke arahnya dalam keadaan marah kerana guru itu telah menandakan dia tidak hadir kerana datang lewat ke sekolah.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, insiden itu tidak dapat diterima.

Satu mesyuarat akan diadakan minggu depan untuk membincangkan cara untuk menangani keganasan di sekolah-sekolah di pinggir bandar. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan