Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu barisan kepimpinan Pakatan Harapan termasuk dari Parti Keadilan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan negatif dan berbalah secara terbuka sama ada di peringkat dalaman parti mahu pun antara sekutu.

SHAH ALAM- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan beliau tetap berpegang kepada janji bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih kepimpinan negara selepas beliau berundur kelak.

Bagaimanapun beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa individu yang layak menjadi penggantinya.

“Saya tidak dapat tidak akan pergi, tentu akan ada pengganti…kalau orang ramai nak Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai perdana menteri) mereka berhak dapat dia. Saya tidak boleh jamin (bakal pengganti menjadi perdana menteri yang baik) macam saya dulu pilih Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) saya ingat dia baik tapi tengoklah apa dia buat.

“Begitu juga Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) anak Tun Abdul Razak, tetapi tengoklah…tetapi setakat ini, janji saya selepas saya letak jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil alih, terpulang pada rakyat untuk tentukan,” katanya pada program Bicara Minda di Dewan Karangkraf di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.- BERNAMA