Tan Sri Rafidah Aziz
Rafidah Aziz

KUALA LUMPUR – Bekas menteri Kabinet Tan Sri Rafidah Aziz menyeru rakyat Malaysia supaya menghentikan laungan “ketuanan bangsa”, yang beliau anggap merugikan dan tidak produktif kepada negara dan rakyat negara ini.

Ketuanan, katanya, mestilah selalu menjadi milik Malaysia sendiri dan bukan mana-mana kumpulan, kaum atau agama di kalangan rakyat.

Menulis di ruangan pertama beliau hari ini dalam akhbar The Sun, Rafidah, yang dikenali sebagai Wanita Besi Malaysia kerana pendirian kuatnya mengenai isu-isu yang mempengaruhi negara, berkata rakyat Malaysia hanya akan dihormati di peringkat global apabila dari kalangan mereka, bangkit warga Malaysia yang berkemampuan dan berkemahiran , dan prestasi dan pencapaiannya dianggap sangat baik ketika diukur oleh tanda aras dan standard global.

“Apabila ini berlaku mereka boleh berbangga membawa bendera Malaysia dan diiktiraf oleh dunia sebagai rakyat Malaysia yang berjaya,” katanya.

Rafidah, yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selama 21 tahun hingga 2008, berkata Malaysia baharu yang muncul selepas kerajaan Pakatan Harapan berkuasa pada Mei yang menamatkan pemerintahan Barisan Nasional selama 61 tahun, mestilah tidak berpihak dari segi jantina, warna kulit dan warisan kerana satu-satunya keutamaan adalah kebaikan untuk rakyat dan negara.

Warga Malaysia adalah rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan warisan. Itulah fakta yang tidak dapat dinafikan. Saya berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia. Saya yakin sesetengah rakyat Malaysia mesti merasa yang sama.

“Fajar Malaysia baharu membawa harapan dan aspirasi baharu, permulaan yang baharu. Negara kita sangat diberkati,” menurut Rafidah dalam tulisannya.

Mengenai kerajaan baharu, beliau berkata: “Apa yang diperlukan ialah tadbir urus yang baik dan tadbir urus ekonomi oleh orang-orang yang rakyat Malaysia, telah meletakkan kepercayaan untuk memacu negara kita dengan jayanya melalui cabaran dan gelora dalam persekitaran yang sentiasa berubah dalam menuju abad yang akan datang dan masa depan yang masih jauh

Rafidah juga menyifatkan pilihan raya umum pada 9 Mei sebagai hari apabila rakyat Malaysia telah menekan butang ‘reset’ yang menetapkan gerakan pelbagai proses dan langkah yang perlu diambil untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul.

“Harapan adalah tinggi, tetapi rakyat Malaysia mestilah bersikap realistik Pembangunan tidak berlaku dalam ruang kosong. Polisi harus disesuaikan dan mampu memenuhi tuntutan dan situasi baharu.

“Kerajaan mesti mentadbir dan tidak membenarkan dirinya diganggu oleh tuntutan yang tidak realistik, mementingkan diri sendiri dan pihak tertentu,” katanya.

Mengenai pendidikan, beliau menulis tentang perlunya pendidikan untuk semua dan penekanan harus terhadap keperluan dan pengiktirafan mestilah berasaskan kepada kecemerlangan dan meritokrasi terutama apabila mewajarkan sokongan dan pertimbangan khusus sementara anak muda Malaysia mesti menilai prestasi terhadap yang terbaik di peringkat global.

Beliau seterusnya merayu kepada rakyat Malaysia untuk menjalin hubungan yang membina dan mengukuhkan ketahanan negara dan mengelakkan perpecahan dan berpuak-puak kerana perkara ini boleh membawa kepada hakisan perpaduan.

Mereka sebaliknya harus berpegang kepada politik perpaduan dan pembangunan negara dan mengelakkan politik kemunafikan, katanya.- BERNAMA

Tinggalkan Jawapan