George Soros

NEW YORK – Satu bungkusan yang mengandungi bahan letupan ditemui di peti surat di luar kediaman George Soros.

Soros adalah jutawan dan merupakan penyumbang terbesar dunia kepada kumpulan-kumpulan liberal.

Pekerjanya yang berada di rumah Soros di Katonah, New York telah membuka bungkusan itu dan mendapati ia merupakan bahan letupan.

Ketika itu Soros tidak berada di dalam rumah, menurut laporan New York Times.

Pihak berkuasa yang dihubungi tiba dengan skuad bom dan meletupkan bungkusan itu di kawasan berhampiran.

Biro Siasatan Persekutuan sedang menyiasat kes berkenaan. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan