Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengekalkan pengakuan tidak bersalahnya atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram berhubung dana SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM27 juta, lima tahun lepas.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri berkata, kemerosotan eksport sawit negara selepas bulan Mei lalu nampak pelik.

Ini kerana, pada masa sama eksport sawit Indonesia bertambah.

Lagipun, dalam empat bulan pertama tahun ini, eksport sawit lebih tinggi berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, selepas Mei, ia menjadi lebih rendah berbanding tahun sudah, sedangkan eksport negara jiran seperti Indonesia bertambah.

Kenapa ini berlaku? Kena tanya apa kerajaan Pakatan Harapan boleh buat,” kata Ahli Parlimen Pekan di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, situasi ini wajar dipandang serius kerana ia membabitkan pekebun kecil negara yang berjumlah 650,000 orang.

Malah, katanya, Felda juga semakin suram ekoran terjejas dengan kemerosotan harga minyak sawit. – MalaysiaGazette