Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dijadual bertemu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya pada bulan hadapan pada satu pemukiman para pemimpin, demikian menurut akhbar The Straits Times.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dijadual bertemu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya pada bulan hadapan pada satu pemukiman para pemimpin, demikian menurut akhbar The Straits Times.
SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dijadual bertemu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Putrajaya pada bulan hadapan pada satu pemukiman para pemimpin, demikian menurut akhbar The Straits Times.

Edisi kelapan pemukiman berkenaan diadakan di sini pada Januari tahun ini.

Memetik Lee sebagai berkata, akhbar berkenaan melaporkan bahawa pemukiman itu akan berlangsung kira-kira 10 hari selepas Dr Mahathir datang ke Singapura untuk menghadiri Persidangan ASEAN.

Dr Mahathir akan berada di sini untuk persidangan berkenaan, yang mana Singapura sebagai pengerusi persidangan itu, akan menjadi tuan rumah selama lima hari mulai 11 Nov.

Lee juga dilaporkan berkata bahawa hubungan Singapura dengan Malaysia adalah stabil.

“Rel Berkuasa Tinggi (HSR) adalah isu yang berpotensi, tetapi kita menunda projek HSR itu selama dua tahun dan ia adalah satu resolusi yang sebaiknya berbanding daripada berlakunya pertikaian yang meruncing,” beliau dipetik sebagai berkata.

“Saya berharap pada pemukiman itu, kami akan mencapai sesuatu, berbincang peluang bagi situasi menang-menang bagi meningkatkan lagi kerjasama dan persahabatan”.

Lee berada di Putrajaya pada 19 Mei, bertemu Dr Mahathir buat kali pertama sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia pada 10 Mei.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan