Jamal Khashoggi. foto Agensi

WASHONGTON – Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Gina Haspel, telah pergi ke Turki pada hari Isnin untuk membantu siasatan kematian wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Dua sumber yang terlibat dalam kes itu berkata, agensi keselamatan itu akan meneliti tentang peranan Putera Mahkota, Mohammed bin Salman dalam pembunuhan Khashoggi.

Khashoggi, yang menetap di Washington, hilang selepas memasuki konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober untuk mendapatkan dokumen untuk perkahwinannya baharunya.

Terdahulu pada Isnin, Presiden Donald Trump berkata, beliau masih tidak puas hati dengan dengan apa yang beliaudengar dari Arab Saudi mengenai pembunuhan itu.

Arab Saudi pada hari Sabtu lalu berkata, Khashoggi, 59, terbunuh dalam ‘pertarungan’ di konsulat.

Selepas tiga minggu kehilangan Khashoggi, Amerika Syarikat dan Eropah masih belum dapat menyelesaikan apa yang sebenar berlaku dalam konsulat.

Amerika Syarikat dan barat percaya Mohammed bin Salman yang juga anak kepada Raja Arab Saudi bertanggungjawab tentang kehilangan Khashoggi kerana peranannya mengawasi agensi keselamatan. Namun mereka kekurangan bukti.

Sehingga kini, pasukan keselamatan dan penyiasat masih belum tahu bagaimana Khashoggi dibunuh dan di mana mayatnya. – MalaysiaGazette