Mayat ketujuh mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.
Mayat ketujuh mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan sebahagian anggota badan serta kepala tercerai daripada tubuh di bawah timbunan tanah pada kedalaman 10 meter.

KUALA LUMPUR – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan projek Lebuhraya Berkembar Bukit Kukus, Paya Terubong di sini ditamatkan dengan sembilan pekerja asing disahkan maut manakala lima yang lain cedera dalam kejadian itu.

Operasi SAR yang dijalankan sejak kejadian pada pukul 1.56 tengah hari Jumaat lepas itu berjaya menemui sembilan mayat terdiri daripada tiga lelaki Indonesia, lima lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar.

Operasi yang melibatkan lebih 200 anggota penyelamat serta unit anjing pengesan (K9) bomba di kawasan seluas 9290.3 meter persegi (100,000 kaki persegi) itu ditamatkan petang ini selepas tiada lagi tanda-tanda menunjukkan terdapat mangsa di kawasan tiga sektor pencarian.

Kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Saadon Mokhta berdasarkan bantuan unit anjing pengesan (K9) tiada tanda mayat seterusnya berada di kawasan timbunan tanah.

”Pukul 6 petang ini operasi SAR ditamatkan setelah pasukan penyelamat dengan bantuan unit anjing pengesan (K9) bomba tidak menemui sebarang tanda terdapat mayat mangsa di kawasan itu setelah semua timbunan tanah di tiga lokasi tanah runtuh itu dialihkan,” katanya.

Dua mayat ditemui pada Jumaat, dua lagi mayat ditemui pada Sabtu manakala tiga mayat ditemui pada Ahad dan dua lagi mayat ditemui semalam.

Mereka yang maut dikenali sebagai Samsul Asman, 19, (Indonesia); Bahtiar, 36, (Indonesia); Subaeri, 34, (Indonesia); Attarul, 35 (Bangladesh); Mustak Hossain, 25, (Bangladesh); Mithu Hossain, 30, (Bangladesh); Mohamad Jalil, 31 (Bangladesh); Mohamad Uzzal, 33, (Bangladesh) dan Khin Aye Khaing, 33, (wanita Myanmar).

Terdahulu kata mangsa yang cedera di kejadian itu Syamim yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang, terdapat seorang lagi mangsa sebelumnya. -MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan