Angin kencang dan hujan lebat dijangka melanda pesisir Psifik Mexico. foto Latintimes

MEXICO CITY – Mexico telah mengeluarkan amaran di kawasan persisir Pasifik untuk bersiap sedia bagi menghadapi taufan Willa yang mengancam nyawa.

Taufan itu dijangka melanda barat laut Mexico pada hari Selasa dan ia bakal membawa ‘bencana’, kata Pusat Taufan Kebangsaan.

Ia kini diletakkan dalam Kategori Empat daripada lima kategori.

Bencana alam itu dikhuatiri membawa hujan lebat dan banjir.

Awal bulan ini, beberapa kawasan di Amerika Syarikat telah dilanda Taufan Michael yang mengorbankan 27 nyawa.

Taufan Willa dijangka membawa hujan sehingga 46 sentimeter di sepanjang barat daya Mexico.

Semalam, ribut yang melanda Mexico dengan angin selaju 250 kilometer sejam. – MalaysiaGazette