Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak peduli dengan kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa UMNO sedang menuju kehancuran.

“Saya masih di sini. UMNO masih di sini.

“Kita masih dapat melihat UMNO masih wujud atau tidak,” katanya di Lobi Parlimen.

Semalam, Perdana Menteri dalam wawancara dalam Program Bicara Minda berkata, UMNO akan hancur selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Kata Dr Mahathir, parti yang pernah dipimpinnya dahulu itu sentiasa berusaha memperjuangkan nasib rakyat supaya terbela namun kini ia sudah tersasar dari matlamatnya.

“Perjuangan UMNO ialah untuk kekalkan Najib (Datuk Seri Najib Razak) sebagai pencuri yang terbesar. Itu bukan UMNO, UMNO sudah tiada,” katanya pada program Bicara Minda oleh Sinar Harian.

Malah, Presiden UMNO itu berkata, kritikan Dr Mahathir terhadap UMNO juga tidak penting, lantaran itu beliau tidak mahu memberi maklum balas.

“Tidak mengapa, biarlah dia (Dr Mahathir),” tambah Ahmad Zahid. – MalaysiaGazette