Gambar beberapa ssupek kes pembunuhan Jamal Khahoggi yang didedahkan media Turki. foto BBC

DUBAI – Arab Saudi telah menahan 18 individu dan membebaskan lima pegawai kanan dalam siasatan kes kematian Jamal Khashoggi.

Khashoggi adalah penulis dalam Washington Post dan dikenali kerana kerap mengkritik polisi-polisi Arab Saudi.

Beliau hilang selepas memasuki bangunan Konsulat di Istanbul pada 2 Oktober lalu bagi mendapatkan dokumen untuk perkahwinannya.

Awalnya, Arab Saudi menafikan pembabitan negara itu dengan kehilangan Khashoggi tetapi Jumaat lalu mengesahkan lelaki itu dibunuh dalam selepas bergaduh dalam bangunan Konsulat.

Pihak berkuasa Turki pula mendedahkan semasa wartawan itu memasuki Konsulat, beliau telah ‘diiringi’ oleh 15 agen perisik yang tiba beberapa jam sebelum itu dengan dua pesawat.

Seorang pegawai Arab Saudi mengesahkan mereka yang ditahan itu termasuk tiga penduduk tempatan dan mereka merupakan anggota tentera, keselamatan dan perisik.

Akhbar Sabah, media yang pro-kerajaan telah mendedahkan terdapat beberapa lelaki dilihat berada di lapangan terbang, dua hotel semasa daftar masuk dan kediaman konsul. – MalaysiaGazette