Datuk Azhar Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – FGV Holdings mengumumkan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sementara syarikat itu.

Perkara itu diumumkan oleh Bursa Malaysia menerusi kenyataan di laman webnya hari ini.

Menurut kenyataan itu, Azhar sebelum ini merupakan pengerusi syarikat berkenaan dan pertukaran ke jawatan tersebut adalah sehingga mendapat seorang pengganti yang baharu.

Tambah kenyataan itu lagi, pelantikan Azhar juga telah dipersetujui oleh Menteri Kewangan (Lim Guan Eng).

Azhar pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam syarikat milik penuh kerajaan (GLC) sejak 2001 dan dilantik menjadi Pengerusi FGV Holding Berhad pada 2017. – MalaysiaGazette