Gina Haspel

WASHINGTON – Pengarah baharu Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Gina Haspel kini di Turki untuk menyiasat kematian wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi.

Difahamkan, Haspel mahu mendengar rakaman audio penyeksaan dan pembunuhan Khashoggi.

Sumber boleh dipercayai berkaitan misi lawatan Gina memberitahu, Reuters pada Selasa mengesahkan maklumat itu.

Haspel terbang ke Turki pada Isnin, tiga minggu selepas Khashoggi dilaporkan hilang di Konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Tindakan Haspel juga menyusul selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa Turki berkongsi rakaman video yang diperolehnya.

Walaupun berita luar mendakwa Turki memiliki rakaman audio yang menyaksikan pembunuhan Khashoggi, AS dan mana mana kerajaan sekutunya dibenarkan mengakses pada lewat Isnin mengumpul bukti.

Pada Sabtu lalu, Arab Saudi berkata, Khashoggi yang merupakan seorang kolumnis Washington Post dan pengkritik Putera Mohammed Salman meninggal dunia di dalam konsulat selepas hilang semalaman.

Agensi-agensi perisikan AS dan bersekutu mempunyai sedikit bukti kukuh terhadap peranan putera mahkota Arab Saudi di sebalik kes berkenaan, kata pegawai kepada Reuters.

Haspel dikatakan tidak merancang untuk mengadakan lawatan ke Arab Saudi buat masa sekarang.- MalaysiaGazette