Kapal tertua di dunia

LONDON – Sebuah kapal dagang Yunani purba yang didakwa berusia lebih kurang 2,400 tahun lalu ditemui di dasar Laut Hitam.

Kapal tersebut adalah kapal yang tertua di dunia.

Kapal itu adalah salah satu daripada 60 kapal karam yang dikenalpasti oleh Projek Arkeologi Maritim Laut Hitam termasuk kapal Romawi dan Cossack abad ke-17.

Para penyelidik menggunakan sistem kamera air untuk proses memetakan penemuan itu di dasar laut.

“Sekeping kecil kapal itu disahkan sebagai kapal karam yang tertua yang ketahui oleh sejarah manusia,” kata dalam kenyataan hari ini.

Di atas kapal itu masih ada tiang dan kemudi yang utuh bertarikh 400 SM yang menjadikan Laut Hitam sebagai laluan ke pusat perdagangan jajahan Yunani.

Pasukan itu berkata kapal itu, sebelum ini hanya dilihat dalam keadaan utuh di sebelah tembikar kuno Yunani dan ditemui pada kedalaman lebih dari 2,000 meter.

“Sebuah kapal yang masih hidup dari dunia klasik yang terletak lebih daripada 2 kilometer dalam air laut adalah sesuatu yang saya tidak akan pernah percaya,” kata Prof. Jon Adams, penyiasat utama projek itu hari ini.

“Ini akan mengubah pemahaman kita tentang pembinaan kapal dan pelayaran di dunia kuno,” katanya.

Ahli pasukan projek yang sama, Helen Farr berkata; “Kami mempunyai banyak kapal karam yang ada padanya tetapi ini benar-benar kelihatan utuh”.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan