Foto Evening Standard

MANCHESTER – Bintang dunia, Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford bersama Juventus menentang kelab lamanya, Manchester United, pagi tadi.

Kehadiran semula Ronaldo selepas kali terakhir lima tahun lalu membuahkan hasil apabila membantu kelab Itali itu mencatat kemenangan 1-0 di gelanggan lawan.

Gol tunggal perlawanan itu dijaringkan oleh Paulo Dybala pada minit ke-17.

Pada perlawanan itu, seperti dijangka Ronaldo menjadi tumpuan ramai apabila peminat United turut mengalu-alukan aksinya di atas padang.

Pemain kelahiran Portugal itu memiliki nostalgia kerana mula mencipta nama di kelab itu apabila muncul pada aksi pada pertama di usia 18 tahun.

Dia menabur bakti selama enam tahun dalam pasukan itu bermula 2003 hingga 2009.

Dalam pada itu, Juventus dan Manchester bakal bertembung sekali lagi di padang meneriso perlawanan di Allianz Stadium pada 7 November depan. – MalaysiaGazette