Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dijadualkan mengadakan pertemuan dengan IMF untuk proses rundingan menagih pinjaman selamatkan krisis negara

ISLAMABAD – Pakistan merancang untuk meminta pinjaman dari Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) walaupun walaupun Arab Saudi sudah menawarkan pakej penyelamat bernilai AS$6 bilion (RM24.9 bilion).

Bantuan itu difahamkan sebagai menyelamatkan pentadbiran negara daripada krisis kewangan serius yang sedang dihadapi negara Islam itu.

“Ya kami akan meneruskan usaha program rundingan bersama IMF dalam minggu pertama bulan November ini,” kata jurucakap Kementerian Kewangan Pakistan, Noor Ahmed.

Noor Ahmad telah mengeluarkan mesej berkenaan kepada Reuters hari ini.

Pada Selasa lalu, Pakistan mengumumkan Arab Saudi bersetuju untuk menghulurkan bantuan berjumlah AS$3 bilion (RM12.4 bilion) dalam bentuk mata wang asing untuk tempoh setahun.

Selain itu, pinjaman tambahan bernilai AS$3 bilion (RM12.4 bilion) lagi bayaran tertunda bagi mengimport minyak untuk membantu mencegah krisis akaun semasa kerajaan baharu itu.

Tuntutan pinjaman baharu daripada IMF dikatakan akan mengurangkan saiz pakej pinjaman kewangan daripda tabung antarabangsa itu.

Indeks Bursa Utama Pakistan meningkat sebanyak 3.3 peratus sesi dagangan awal ekoran berita tawaran pakej pinjaman dari Arab Saudi.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berkata, pada minggu ini kerajaan itu menagih bantuan dari ‘rakan serantau’ yang kebiasaannya merujuk kepada sekutu rapat Arab Saudi dan China mengikuti program IMF.

Imran dijadual mengadakan lawatan ke China pada minggu pertama November ini yang mana dia dijangka mengadakan perbincangan untuk bantuan susulan menyelamatkan krisis semasa negara.

Baru baru ini, dalam Persidangan Pelaburan Global di Riyadh yang dianjurkan Putera Mahkota Arab Saudi,Mohammad Salman, Imran menegaskan, ratusan pelabur yang hadir menantikan peluang pelaburan berpotensi  di Pakistan. РMalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan