Aksi Jon James McMurray sebelum terjatuh dari pesawat Cesna. foto Agensi

BRITISH COLUMBIA – Seorang rapper dan pelakon aksi lagak ngeri Kanada maut ketika melakukan beraksi sambil berjalan di atas sayap sebuah pesawat.

Jon James McMurray, 34, terjatuh semasa sedang berkerja dengan kumpulan yang produksi video yang merakamkan lagak ngeri atas pesawat dan payung terjun.

Pengurus produksi, McMurray Ryan Desrochers berkata, rapper itu telah menjalani latihan intensif untuk aksi itu tetapi beliau telah bergerak lebih jauh ke sayap Cessna sebelum terjatuh.

McMurray memegang sayap terlalu lama dan pada masa masa mahu beredar, dua tidak mempunyai masa untuk membuka payung terjunnya.

Kejadian itu tidak menjejaskan pesawat yang selamat mendarat bersama juruterbangnya tidak lama kemudian. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan