Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat seolah-olah masih terasa hati serta merajuk dengan kritikan daripada pembangkang khasnya Pas berikutan kenyataan ‘menghina’ beliau beberapa hari lepas di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat seolah-olah masih terasa hati serta merajuk dengan kritikan daripada pembangkang khasnya Pas berikutan kenyataan ‘menghina’ beliau beberapa hari lepas di Dewan Rakyat.

Terbaharu, beliau dalam nada sinis ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Pendang (Pas), Awang Solahudin Hashim tentang format pinjaman dana oleh kerajaan negeri berkata:

“Saya akan puaskan hati Yang Berhormat Pendang yang jelas seperti mempunyai ‘udang di sebalik batu’. Untuk makluman, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak tidak pernah membuat sebarang pinjaman pendahuluan bagi membayar gaji kakitangan mereka daripada kerajaan persekutuan.

“Ini tidak seperti beberapa negeri lain yang menulis surat hitam putih yang memohon wang pendahuluan untuk membayar gaji kakitangan pentadbiran kerana tidak mempunyai kemampuan membayar gaji,” katanya sinis ketika Sidang Dewan Rakyat sebentar tadi.

Awang Solahudin bertanyakan kepada Guan Eng adakah kelulusan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan kepada dana pendahuluan atau geran ada mempunyai format tertentu seperti ‘remark’ pembayaran gaji.

“Saya hendak tahu sekiranya ada format yang tertulis oleh MOF ‘untuk pembayaran gaji’ bagi setiap pendahuluan yang dimohon oleh mana-mana kerajaan negeri termasuk Sabaah dan Sarawak,” soalnya.

Bagaimanapun, Guan Eng tidak menjawab persoalan itu sebaliknya hanya mendedahkan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak tidak pernah membuat sebarang pendahuluan untuk membayar gaji kakitangannya sebelum ini.-MalaysiaGazette