SINGAPURA – Seorang warga Singapura berusia 53 tahun meninggal dunia dalam kemalangan paragliding di utara India, lebih kurang dari sebulan selepas dia terselamat dari gempa bumi di Palu, Indonesia.

Ng Kok Choong telah ditemui mati pada Selasa lalu sehari selepas dia hilang, menurut sebuah berita kematian di laman web Persekutuan Sukan Udara Singapura (AFS).

Mendiang telah keluar dengan payung terjunnya pada pukul 11 pagi pada Isnin lalu di Bir-Billing, Himachal Pradesh sebelum cuaca di kawasan berkenaan berubah menjadi teruk, kata AFS.

Bagaimanapun, dia tidak kembali ke hotelnya dan dijumpai pada hari keesokan oleh pihak berkuasa India menggunakan helikoter.

Mayatnya dijumpai di Bukit Baijnath, dilaporkan oleh The Tribune.

“Ketika pasukan penyelamat sampai di sana, dia didapati sudah mati. Penyebab kematian itu hanya dapat dikesankan selepas bedah siasat,” kata ketua majistret Baijnath.

Menurut The Tribune, mendiang berada di India untuk mengambil bahagian dalam Piala Dunia Luncur Udara atau paragliding yang bermula pada 27 Oktober ini.

Mendiang seorang pesara berusia 53 tahun, berada di Palu bulan lalu untuk pertandingan luncur udara apabila dia ditangkap di tengah-tengah gempa berkuasa 7.5 magnitud yang juga mencetuskan tsunami.

Malah beliau bersama rakan, berjaya menarik seorang gadis kecil yang terperangkap di bawah serpihan hotel.- MalaysiaGazette