Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tiba bagi memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa atas pertuduhan kes pecah amanah melibatkan wang milik Kerajaan Malaysia di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 25 OKTOBER 2018.

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta di sini berkata, kehadirannya bertujuan memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya datang sendiri, beliau bekas majikan saya, kawan saya.¬†Awak ada kawan apa awak buat, bila kawan ada masalah?” katanya kepada media.

Menurut Tajuddin, sememangnya menjadi amalan budayanya untuk sentiasa memberi sokongan kepada kawan dalam keadaan apa sekali pun.

“Saya tidak tahu budaya awak, tapi budaya saya adalah begitu.

“Dalam apa keadaan, kita mesti tunjuk tanda simpati. Beliau belum didapati bersalah baru didakwa.

“Berilah ruang kepada beliau,” katanya.

Najib hari ini mengaku tidak bersalah terhadap enam pertuduhan pecah amanah yang dikenakan ke atas beliau bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan