Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Datuk Hasanah Abdul Hamid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah.
Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Datuk Hasanah Abdul Hamid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Datuk Hasanah Abdul Hamid akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan pecah amanah.

Bekas perdana menteri dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan itu masing-masing akan berdepan enam pertuduhan bersama pecah amanah membabitkan jumlah lebih RM6.6 bilion.

Manakala Hasanah yang merupakan bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia pula dijangka berdepan satu pertuduhan pecah amanah melibatkan jumlah USD12.1juta atau RM49.5 juta.

Pertuduhan ke atas ketiga-tiga mereka akan didengar di hadapan Hakim Azman Ahmad. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan