ATHEN – Gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan pulau perangian Zakynthos di barat Greece kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan dan gegarannya dapat dirasai sehingga Athen.

Namun pihak berkuasa berkata, tiada kederaan dan kemusnahan dilaporkan setakat ini, lapor AP.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata, pusat gempa bumi itu terletak 33 kilometer barat daya Mouzaki, selatan pulau itu pada kedalaman 14 kilometer.

Perkhidmatan bomba Greece berkata, tiada kemusnahan dilaporkan setakat ini namun bekalan elektrik telah diputuskan di Zakynthos. Bahagian lain pulau itu, terdapat runtuhan batu manakala dinding sebuah gereja roboh di Pyros yang terletak di tanah besar.

Greece terletak di kawasan yang terdedah gempa bumi dengan beribu-ribu gegaran direkodkan setiap tahun.

Pada 1999, gempa bumi bermagnitud 5.9 menggegarkan pinggir Athens menyebabkan 143 orang terbunuh. – Agensi