Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd ™ Unifi di Cyberjaya pada minggu lepas, dilepaskan daripada tahanan reman serta-merta.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd ™ Unifi di Cyberjaya pada minggu lepas, dilepaskan daripada tahanan reman serta-merta.

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan suspek utama kes langgar lari sehingga mengakibatkan kematian seorang pekerja Telekom Malaysia Bhd ™ Unifi di Cyberjaya pada minggu lepas, dilepaskan daripada tahanan reman serta-merta.

Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman turut memerintahkan dua rakan suspek yang turut direman, dilepaskan sebelum pukul 5 petang ini.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan semakan yang dikemukakan suspek warga Libya berusia 23 tahun tersebut serta dua rakannya warga Yemen, 22, dan Libya, 20, yang direman selama lima hari bermula Selasa lepas (23 Okt).

Kesemua suspek direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum ini, mereka direman mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam penghakimannya, Ab Karim berkata mahkamah mendapati permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tidak menunjukkan bahawa suspek dilepaskan daripada tahanan reman terdahulu (di bawah Seksyen 41 APJ) dan ditangkap semula.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan