Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Hassan Mad pada sidang media khas MPM menolak cadangan kerajaan Pakatan Harapan menghapuskan Akta Hasutan di Wisma MPM, Taman Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 26 OKTOBER 2018
Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Hassan Mad pada sidang media khas MPM menolak cadangan kerajaan Pakatan Harapan menghapuskan Akta Hasutan di Wisma MPM, Taman Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 26 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan menghantar memorandum bantahan cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Pengerusinya, Datuk Hassan Mad berkata, memorandum tersebut akan memberi penekanan kepada aspek perundangan kerana ICERD sendiri bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan hak-hak istimewa raja-raja Melayu, agama Islam dan kaum bumiputera.

Cadangan seperti itu, katanya, seharusnya mendapat perkenan raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum dibawa ke Parlimen.

“Kami melihat cadangan tersebut tidak mengikut prosedur yang betul kerana ia datang daripada dua menteri sahaja (Menteri Luar Datuk Seri Saifufdin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy) yang memberi gambaran seolah-olah itu adalah suara kerajaan sepenuhnya.

“Raja-raja Melayu juga tidak pernah dimaklumkan sebelum cadangan tersebut dikemukakan kepada umum sedangkan ia jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Raja-raja Melayu adalah institusi yang telah mendapatkan kemerdekaan kepada negara dan mempunyai peranan dari segi perlembagaan untuk menjaga hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam maka ia seharusnya tidak melangkaui kuasa institusi betkenaan,” katanya semasa taklimat khas media di sini hari ini.

Menurut Hassan, memorandum berkenaan dijangka diserahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam masa seminggu atau dua minggu lagi.

Meratifikasi beberapa konvensyen hak asasi antarabangsa termasuk ICERD merupakan salah satu janji dalam manifesto Pakatan Harapan. -MalaysiaGazette

ARMADA selar kenyataan Waytha Moorthy

Kerajaan ratifikasi enam triti hak asasi suku pertama tahun depan

Pemuda UMNO, NGO, peguam bantah ratifikasi ICERD

Beri sokongan petisyen bantah ratifikasi ICERD

 

Tinggalkan Jawapan