Aaron Aziz

KUALA LUMPUR – Datuk Aaron Aziz menegaskan tidak pernah terlibat dalam perniagaan mata wang digital Bitcoin seperti artikel palsu yang mengenainya tersebar.

Aaron Mustapha Aziz, 42 mendedahkan menerima banyak mesej dan emel berhubung perkara itu.

Justeru beliau memohon agar tidak ada yang terpengaruh dengan artikel itu yang didakwanya strategi untuk menipu.

“Assalamualaikum semua, saya terima banyak mesej dan email tentan Bitcoin dan bagaimana saya mendapatkan wang melalui perniagaan itu.

“Tolong jangan terpedaya, itu semua penipu!,” katanya menerusi Instagram.

Instagram Aaron Aziz

Aaron turut memuat baik artikel palsu serta posting mendakwa dirinya antara pengguna yang menjana pendapatan melalui mata wang tersebut.

Araron berkata tidak tahu menahu langsung dengan scam itu.

“Saya tidak tahu apa-apa dan saya tidak terlibat dengan ini semua! Ini semua tipu, jangan mudah percaya apa yang anda baca di internet,” ujarnya.-MalaysiaGazette