TERKINI : MPM Akan Mengadap Majlis Raja-Raja

Majlis Perundingan Melayu (MPM) bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain akan menghantar memorandum bantahan cadangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kepada Majlis Raja-Raja Melayu.

Pengerusinya, Datuk Hassan Mad berkata, memorandum tersebut akan memberi penekanan kepada aspek perundangan kerana ICERD sendiri adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan hak-hak istimewa raja-raja Melayu, agama Islam dan kaum bumiputera.

Justeru, cadangan seperti itu seharusnya mendapat perkenan raja-raja Melayu terlebih dahulu sebelum dibawa ke Parlimen.