Datuk Seri Mustapa Mohamed menyerahkan borang keahlian PPBM kepada Pengerusi parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed secara rasminya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) malam ini.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas selesai mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Menara Yayasan Selangor dekat sini.

Mustapa yang lebih dikenali sebagai Tok Pa meninggalkan UMNO pada 18 September lalu selepas lebih 40 tahun bersama parti itu.

Beliau yang merupakan ahli Parlimen Jeli sejak itu telah menjadi wakil rakyat bebas sebelum secara rasminya menyertai PPBM hari ini. — MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan