FIFA dikritik ekoran cadangan memperbaharui Liga Kebangsaan dan Piala Dunia Kelab sedia ada.

KIGALI, Rwanda – Presiden Persatuan Bola Sepak Kesatuan Eropah (Uefa), Aleksander Ceferin bersama rakan-rakannya akan mengemukakan bantahan keluar Mesyuarat Majlis Tertinggi Persekutuan Bola Sepak Sedunia (FIFA) di Kigali hari ini.

Tindakan itu akan dilakukan sekiranya badan bola sepak dunia itu menekan undi ahli-ahlinya menyokong cadangan Piala Dunia Kelab dan Liga Kebangsaan yang baharu.

Para perwakilan Uefa menyatakan rasa tidak puas hati mereka dan kecewa dengan ugutan Presiden FIFA, Gianni Infantino.

Infantino mahu para perwakilan FIFA mengundi menyokong cadangan mewujudkan satu lagi Piala Dunia Kelab dan Liga Kebangsaan.

Aduan yang diterima terhadap cadangan itu ialah tidak mengambil kira butiran terperinci jadual bola sepak, implikasi dan rundingan secara menyeluruh.

FIFA tampil dengan cadangan baharu bagi mewujudkan satu lagi kejohanan bola sepak Piala Dunia Kelab melibatkan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris dan kelab terbaik Eropah.

Dalam dokumen rasmi yang diperhalusi BBC Sports, terdapat dua alternatif untuk temasya tahunan bersama dengan rancangan asal kejohanan setiap empat tahun sekali.

Majlis FIFA mahu menentukan kaedah untuk membincangkan cadangan baharu itu dalam mesyuaratnya di Rwanda hari ini.

Piala Dunia Kelab sedia ada yang dianjurkan setiap Disember melibatkan tujuh pasukan dari enam konfederasi.

Pada awal 2018, Infantino mencadangkan membesarkan bilangan penyertaan daripada tujuh pasukan kepada 24 pasukan, termasuk 12 pasukan dari Eropah, pada kejohanan yang diadakan empat tahun sekali.

Cadangan itu yang menerima bantahan itu akan menyaksikan Piala Dunia Kelab dan Piala Konfederasi sedia ada dimansuhkan dan digantikan dengan Piala Dunia Kelab berwajah baharu.

FIFA juga mahu memperkenalkan Liga Kebangsaan Global baharu berdasarkan format yang diguna pakai untuk Liga Kebangsaan Uefa yang bermula sejak September lalu.

Dua kejohanan baharu yang dicadangkan FIFA dijangka membantu meraih keuntungan £17.9 bilion pound menerusi pelaburan konsortium yang diterajui Japan Softbank.

Malangnya Fifa berdepan kritikan berikutan potensi kerjasama dengan syarikat dari Arab Saudi.

Majlis FIFA akan mengundi untuk menentukan sama ada mahu memperkenalkan Liga Kebangsaan melibatkan negara-negara dunia bermula 2022.

Majlis itersebut juga akan membuat keputusan penganjuran dan mengkomersialkan dua kejohanan baharu yang dicadangkan itu berada dibawah FIFA atau sebaliknya.

FIFA mendakwa ia tampil dengan cadangan baharu itu selepas majoriti kelab Eropah bersetuju kejohanan Piala Dunia Kelab sedia ada perlu diperbaharui dan diberi wajah baharu supaya lebih mencabar dan menarik. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan