Meng Hongwei. foto Aljazeera
Meng Hongwei. foto Aljazeera

BEIJING  – China akan membuang bekas Ketua Interpol, Meng Hongwei daripada kumpulan berprofil tinggi yang merupakan badan penasihat kepada parlimen walaupun siasatan terhadap beliau adalah daripada sudut rasuah dan kesalahan lain.

Di bawah pentadbiran Presiden Xi Jinping, China mengenakan tindakan keras kepada pesalah rasuah rasmi.

Awal bulan lalu, Interpol berkata, Meng telah meletakkan jawatan sebagai presiden selepas pihak berkuasa Perancis melaporkan beliau yang merupakan seorang pegawai tinggi China telah membuat laporan mengenai kehilangan isterinya selepas pulang ke China.

Bagaimanapun masih tidak jelas di mana Meng ditahan dan mustahil untuk mendapatkan komennya.

Beliau juga tidak dapat dipastikan sama ada layak untuk mendapatkan peguam bela.

Dalam langkah terkini oleh kerajaan China terhadap Meng,  Persidangan Konsultatif Politik Rakyat China yang merupakan badan penasihat Parlimen meskipun tiada kuasa legislatif telah membuat keputusan untuk mengeluarkan bekas Ketua Interpol itu daripada badan tersebut.

Keputusan tersebut bagaimanapun masih memerlukan kelulusan rasmi daripada jawatankuasa badan berkenaan, kata agensi berita Xinhua.

Meng merupakan salah seorang ahli dalam jawatankuasa hubungan antarabangsa badan berkenaan. – Agensi